Wednesday, November 18, 2009

Inspection ... again..

Inspection, kalau di Malaysia kecoh pasal kereta yang dah berumur 15 tahun kena p inspection.. kat New Zealand, undang2 ni dah lama dipraktikkan.. keta baru atau yang lama tetap kena p inspection.

Cuma kalau keta baru yang berumur di bawah 6 tahun, inspection nya hanya 1 tahun sekali manakala yang tua dari 6 tahun maka setiap 6 bulan la kena p buat inspection.. r34 yang dimiliki, umor nya sudah pon masuk 11tahun jadi setiap bulan september dan march memang kena la mengadap puspakom nz a.k.a vtnz atau nama panjang nya Vehicle Testing New Zealand.

Apa yang diperiksa disini.. macam biasala ketebalan tayar, lampu, brek, body, suspension, tinted, underbody dan beberapa lagi. nasib baik keta xde modifikasi yang berat2. Kalau pasang adjustable suspension.. kena ada cert.

Pemeriksaan kali ini semuanya okey cuma kantoi kat tinted cermin belakang dengan cermin depan.. So disebabkan malas nak repeat... aku koyak je tinted tu kat situ jugak.. Lain kali pasang lagi.. hehehe.

Pemeriksaan settle dalam 30minit dari mula daftar, cepat kan.. kalau Malaysia pon nak ikut cara nih.. tolong pastikan Puspakom tu ada di setiap pekan jadi tak menyusah kan orang2 kat kampung tu dan pastikan masa yang diambil xperlu sampai setengah hari.. buang masa rakyat je
Mula masuk..

2 org pemeriksa

jek.. check underbody


Ada sekali lagi pemeriksaan yang perlu dihadapi iaitu bulan march 2010.. inspection terakhir di NZ. Berkemungkinan ia akan berlayar pulang ke Malaysia pulak pada ogosnya dan sebelom itu ia akan mengalami beberapa perubahan.. taktau lagi le macam mana.. tengok laa.

Sekian dulu..